Nivea sasar sumbangan RM50,000 demi tingkatkan kesedaran kanser payudara menerusi inisiatif ‘Moments of CARE’

Iklan

BERSEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, NIVEA dengan kerjasama Watsons menjalankan inisiatif ‘Moments of CARE’, dengan sasaran untuk mengumpul dan menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Kempen tersebut mencerminkan komitmen jenama dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara.

Iklan
Iklan

Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal dan penjagaan diri.

Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr. Christopher Vierhaus berkata, kempen berkenaan mencerminkan dedikasi dan menyokong usaha penting BCWA dalam meningkatkan kesedaran kanser payudara dan menggalakkan langkah kesihatan proaktif di kalangan rakyat Malaysia.

Iklan

Beliau pada masa sama, turut menyatakan penghargaan kepada Watsons.

"Kami berterima kasih kepada Watsons atas kerjasama yang sangat bernilai ini. Dedikasi mereka dalam menetapkan piawaian tinggi dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kecantikan di seluruh rangkaian lebih 700 cawangan di seluruh negara memperluas capaian serta memperkukuhkan impak kempen ini.

Iklan

"Bersama-sama, kami berhasrat untuk menggalakkan langkah kesihatan yang proaktif dan menyediakan sokongan sepanjang perjalanan ini,"ujarnya.

Pengesanan awal

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, NIVEA telah menganjurkan bengkel eksklusif yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat bertauliah untuk orang awam.

Bengkel itu merangkumi topik berkaitan kanser payudara, termasuk pengesanan awal, tanda-tanda awal yang biasa, dan pemeriksaan sendiri. Saringan kanser payudara percuma juga disediakan untuk para peserta.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Lim Kim Foong menekankan, kanser payudara kekal sebagai kanser utama di kalangan wanita Malaysia, dengan 60 peratus kes didiagnosis pada peringkat lanjut 1.

"Inisiatif seperti 'Moments of CARE' ini sangat penting sebagai peringatan buat rakyat Malaysia untuk membuat pemeriksaan berkala yang boleh membawa kepada pengesanan awal kanser payudara.

"Matlamat kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan impak penyakit ini,"jelasnya.

Acara berkenaan turut menampilkan kisah-kisah inspirasi daripada pejuang kanser payudara sebenar, Dr. Kartini Kamalul Ariffin dan Hiba Abdul Rahman, serta penjaga (caregiver) Atilia Haron.

Selain itu, terdapat pembentangan mendalam daripada Dr Nur Fadlina Abdul Satar, Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Perkongsian kisah-kisah mereka ini menekankan betapa pentingnya pengesanan awal dan sokongan komuniti, elemen utama yang ingin diketengahkan oleh inisiatif ‘Moments of CARE’.

Dengan menyertai kempen tersebut, anda boleh menunjukkan keprihatinan anda melalui sumbangan kepada usaha yang menyelamatkan nyawa ini.

Bagi setiap RM20 yang dibelanjakan untuk produk NIVEA di Watsons, RM1 akan didermakan kepada BCWA, sehingga RM50,000. Sokongan anda bukan sekadar satu sumbangan, ia adalah langkah yang dapat mengubah kehidupan seseorang.