Perceraian suami isteri kemenangan terbesar syaitan - Ustaz Wadi Annuar

Iklan

PERCERAIAN pasangan suami isteri terkenal berstatus selebriti kini seolah menjadi fenomena. Masakan tidak, dalam bulan Oktober sahaja empat 'loving couple' ambil jalan berpisah atas alasan tiada persefahaman.

Mungkin jodoh tidak panjang, tetapi ramai tidak tahu perpisahan itu sebenarnya agenda utama iblis dalam menyesatkan umat Islam.

Iklan
Iklan

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menjelaskan memisahkan suami isteri adalah agenda utama musuh yang nyata bagi manusia itu.

Dalam video Peringatan Tazkirah yang dimuat naik, Ustaz Wadi berkata iblis sedaya upaya menggoda umat Islam terutamanya pasangan suami isteri dengan bisikan-bisikan untuk meragukan manusia sehingga berlakunya perceraian.

Iklan

"Kata para ulama hadis, besarnya jenayah maksiat kerosakan yang dibuat oleh seekor syaitan apabila berjaya memisahkan di antara suami dan isteri.

Iklan

"Dia bisik isteri, suami jahat, dibisikkan prasangka suami, isteri tak buat tanggungjawab akhirnya berpisah.

Dalam pada itu, Ustaz Wadi berkongsi nasihat kepada individu yang sudah berkahwin untuk menerima kekurangan pasangan dan meminta perlindungan ALLAH agar terhindar daripada keraguan terhadap pasangan.

"Pohon dengan ALLAH kekalkan keharmonian dalam rumah tangga kita, baik sangka, terima keadaan dan juga kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.

Semoga ALLAH jaga keluarga kita,” kongsinya.

Sekadar info, kebelakangan ini berita perceraian pasangan selebriti membanjiri media sosial.

Antara pasangan yang berpisah ialah Syamsul Yusof dan Ira Kazar, Nora Danish dan Nedim, Fattah Amin dan Fazura, Emma Maembong dan Shazli dan terbaharu Datuk Fazley Yaakob dan Azrene Soraya.