LAMANYA tak derma darah. Penulis pun dengan semangat berkobar-kobar terus daftar selepas pihak Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam berkongsi info berkenaan.
Kempen julung-julung kali diadakan dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah, HTAR itu berlangsung pada 21 September lalu.
Pengurus Besar hotel, Bahrun Ismara Nor dalam satu kenyataan memberitahu, acara berkenaan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa melalui aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini.