Kieran hidap kanser prostat, sudah merebak ke perut & paru-paru. 'Saya lambat buat rawatan penuh'

Iklan
Kredit foto: Berita Harian

Iklan
Iklan

SYAFAKILLAH buat bekas penyampai radio, Kieran. Sudah lama tidak mendengar celotehnya, pemilik nama Maskiran Jakiran, 49, rupanya kini menghidap kanser prostat.

Pasti ramai yang rindu bicaranya bersama DJ Krill di radio, kan? Sedih pula mendengar khabar terbaru yang deejay kesayangan ramai itu sedang menerima di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan

Memetik Berita Harian, kanser itu katanya sudah mula merebak pada organ lain.

"Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di HKL di wad Jabatan Onkologi.

Iklan

Kieran yang aktif sebagai pengacara terpaksa menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.

"Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.

Kini bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau kesihatannya.

"Saya ditahan di wad bermula Jumaat lalu dan dijangka akan dirawat di sini sehingga Isnin depan bergantung kepada keadaan selepas selesai pusingan pertama kemoterapi ini.

"Jadual yang doktor beri sebanyak empat kali sesi kemoterapi. Ini sesi minggu pertama selama lima hari dan dimulakan dengan dos rendah terlebih dahulu bagi lihat reaksi kepada tubuh.

"Jadual seterusnya akan ditentukan nanti," katanya.

Sekadar info, Kieran yang popular menerusi slot Pagi Di Era itu pernah bertugas di stesen radio Era, Hot FM, dan Sinar FM turut dikenali sebagai pengacara rancangan Roda Impian.

Sumber: Berita Harian