Adik tarik diri jadi penjamin, kes khalwat Aliff Aziz-Ruhainies belum selesai, kini ditangguh ke tahun depan

Iklan

KEMBALI panas nama pelakon yang pernah menggemparkan negara, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Iklan
Iklan

Nampak gayanya kes khalwat mereka belum menampakkan bayangan akan segera selesai.

Terbaharu, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan perbicaraan ditangguh pada 20 dan 27 Februari tahun depan.

Iklan

Tempoh jaminan bagi kedua-dua pelakon itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

Terdahulu, kelibat mereka dilihat berada di mahkamah sama pada 20 Jun berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

Iklan

Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Sebelum itu, pelakon berusia 33 dan 32 tahun tersebut mengaku tidak bersalah pada 3 Julai lalu atas satu pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, pada tujuh bulan lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai dan kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Imbas kembali, dunia seni tanah air kecoh pada 9 Mac lalu apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari yang sama.