Tahniah Didie Alias & sumandak Sabah! Stacy, Marsha Milan, Velvet Aduk dikurnia Anugerah Darjah Kinabalu

Iklan

PELAKON dan pengacara, Didie Alias meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) bersempena Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke-71.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Didie, antara selebriti lain yang turut menerima pengiktirafan tersebut adalah Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah, Marsha Milan dan Velvet Aduk.

Dalam perkongsian tersebut Didie bersama rakan artis lain menggayakan baju kurung hijau ketika menghadiri majlis penganugerahan itu.

Iklan

"Syukur Alhamdulilah.

"Kurniaan atas kerja keras mummy selama ini bersama @stylofest.my akhirnya diberi penghargaan pingat Sempena Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke 71.

Iklan

"Tahniah Marsha Milan, Stacy dan Velvet Aduk. Dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Stacy berkata, dia mendapat tahu namanya tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu daripada Marsha.

"Alhamdulillah, pastinya saya berasa terharu dan bersyukur bila dapat tahu nama turut tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu.

"Bila dapat tahu berita gembira ini saya bertanya kepada diri, layakkah saya menerima anugerah berkenaan? Pada masa sama, saya gembira kerana bakat seni dihargai," katanya

Anak kelahiran Penampang, Sabah itu, anugerah itu turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutama di negeri kelahirannya itu.

Selain Stacy dan Marsha, difahamkan terdapat artis lain yang tersenarai antara 274 individu penerima ADK iaitu Elica Paujin dan Rosario Bianis.

Sumber: Berita Harian, Instagram