'Saya mungkin cerminan, kembali kepada agama...' Farid Kamil kongsi rahsia selamatkan rumah tangga

Iklan

PERNAH melalui krisis rumah tangga, pelakon dan pengarah Farid Kamil menjadi sebutan netizen susulan tindakannya mempertahankan ikatannya dengan aktres Diana Danielle.

Menerusi perkongsian yang tular itu, netizen memuji kesungguhan pelakon Gold yang memujuk isterinya dengan memberi tawaran pendamaian bernilai RM225,000 bagi kenderaan pelbagai guna mewah (MPV) Vellfire dan barang kemas bernilai RM10,700.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Hail usaha, kesungguhan Farid dan doa, jodoh mereka masih panjang yang menyaksikan kedua-duanya rujuk pada 31 Ogos 2023 selepas 21 hari berpisah.

Netizen berpendapat, kesungguhan Farid mempertahankan rumah tangga dan menurunkan egonya demi isteri menjadikan beliau sebagai individu yang perlu dicontohi oleh para suami.



Susulan daripada itu, Farid tampil memaklumkan bahawa apa yang dilakukannya adalah dengan kembali mendekatkan diri kepada agama.

Farid terdahulu mengesahkan sudah rujuk kembali sebagai suami kepada Diana selepas bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2024.



Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 3 November 2012 dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: Instagram Farid Kamil