Alergi susu lembu, anak Zahirah MacWilson bengkak mata, tumbuh gegata sampai masuk wad. Kembali susukan susu ibu!

Iklan

IBU mana tak bimbang kalau anak tak sihat, kan? Tak senang duduk dibuatnya, lebih-lebih lagi kalau masih bayi.

Iklan
Iklan

Zahirah MacWilson pun tak terkecuali apabila anak keduanya, Inara Raissa disahkan alergi susu lembu dan ekzema.

Risau bercampur cemas, Zahirah berkongsi keadaan Inara semasa ditahan di wad baru-baru ini selepas cuba diberikan susu formula.

Iklan

Tubuh Inara tumbuh gegata dan mata pula membengkak kerana reaksi alahan. Pun begitu, keadaan Inara semakin pulih.

Iklan

"Alhamdullilah Inara semakin baik, kami telah discaj semalam. Terima kasih atas doa, nasihat dan kata-kata baik anda.

"Saya akan berhenti seketika untuk mencuba susu formula dan fokus semula pada penyusuan ibu saya untuk kesihatan Inara kerana dia mempunyai kedua-dua ekzema ringan dan Alahan Protein Susu Lembu (CMPA).

"Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak," katanya.

Pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson kini kembali memberikan si comel Inara susu ibu.

Genap lima bulan bersalin 31 Oktober nanti, Zahirah berusaha menambah susu badan.

"Saya cuba untuk menambah bekalan susu saya dengan menyusukan secara berterusan, mengepam, minum banyak air, makan, berehat. Saya lakukan semua perkara yang saya boleh bantu meningkat.

"Jika sesiapa pun melalui cabaran yang sama, anda tidak bersendirian! Dan ia tidak mudah!" kongsinya.

Pelakon Jangan Benci Cintaku itu juga memberi semangat buat ibu-ibu yang berdepan dengan masalah sama.

"Bagi ibu bapa yang juga mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada peadiatrik dan dokumenkan tentang susu formula yang perlu digunakan.

"Pilihan lain termasuk berasaskan soya, berasaskan beras dan berasaskan asid amino.

"Kalau kalian ada cadangan tentang cara banyakkan susu ibu, saya ingin mendengarnya, kongsikan ya," katanya.

Rakan selebriti dan warganet memberikan kata-kata semangat kepada Zahirah.

"Sending hugs to you Ira! Mommy you’re strong! You can do this! May ALLAH ease for you and Inara sayang."

"Betik muda buat masak air sekejap je penuh susu, try lah. Pengalaman sendiri menjadi."

"Minum air rebusan longan dan kurma merah. It works, insya-ALLAH."

"Minum Horlicks dan makan oat pun membantu tambah milk supply. Hope it helps insya-ALLAH."

Bagi mak ayah, penting ya untuk tahu tanda-tanda alahan susu lembu pada bayi:

Jika anda dapat mengesan tanda alergi pada si manja selepas minum susu lembu, ini mungkin menunjukkan anak anda mengalami alahan. Keterukan dan tindak balas berbeza, jadi tolong alert ya! :

-Sukar bernafas

-Batuk

-Suara menjadi serak

-Sakit tekak

-Sakit perut

-Muntah-muntah

-Cirit-birit

-Mata berair, gatal atau membengkak

-Ruam

-Tumbuh bintik-bintik merah

-Ada bahagian badan membengkak

-Tekanan darah menjadi rendah

-Tidak sedarkan diri

Kalau kali pertama alahan ringan, kali kedua mungkin boleh jadi teruk. Segera bawa anak ke hospital, kepantasan anda boleh menyelamatkan nyawa! Elakkan bayi yang alahan susu ibu terdedah kepada jenis-jenis makanan ini:

-Mentega

-Kasein dan kaseinat (protein yang terdapat dalam susu mamalia)

-Coklat

-Krim

-Minyak sapi

-Protein whey

-Yogurt