Lana Nodin syukur lihat komitmen suami dalami Islam, tak pernah tinggal solat Jumaat

Iklan

PEJAM celik, pejam celik hampir sepuluh tahun Lana Nodin mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Mohd Daud McKienzie.

Selepas 10 tahun suaminya memeluk Islam, pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard sangat bersyukur melihat komitmen Mohd Daud dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Iklan
Iklan

"Dia selalu menepati waktu dan sentiasa mengingatkan saya untuk bangun bagi solat Subuh, walaupun ketika dia jauh di luar negara. Bagi dia, tidak ada istilah ketinggalan untuk ke masjid pada hari Jumaat!" luah Lana.

Iklan

Tidak hanya itu, mereka sekeluarga mempunyai rutin wajib untuk mendalami ajaran Islam. Setiap hujung minggu, ada ustaz dan ustazah yang datang untuk mengajar suami dan anak-anaknya mengaji.

Sebagai isteri kepada seorang mualaf, Lana berusaha membimbing suaminya untuk menjadi imam terutama apabila masuk waktu solat.

Iklan

Walaupun Mohd Daud hanya mampu membaca surah al-Fatihah, itu sudah cukup membuatkan hatinya terharu.

Untuk rekod, Lana dan suaminya telah mengikat tali perkahwinan pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.