KETIKA dunia hiburan dikejutkan dengan satu persatu kes penceraian selebriti, namun tiada angin tiada ribut, aktres jelita, Pevita Pearce dari seberang berkongsi berita gembira kini bergelar isteri kepada pewaris empayar Habib, Mirzan Meer.
Bagi yang pernah menonton Tenggelamnya Kapal van der Wijck, pasti mengenali watak beliau sebagai Hayati dalam filem tersebut.
Sempena hari bahagia pasangan itu, Pevita atau nama penuhnya Pevita Cleo Eileen Pearce dilihat memuat naik fotonya bersama Mirzan yang juga Pengarah Time Zone Group selepas sah bergelar suami isteri.
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan teman terdekat, kedua mempelai itu dilihat elegan berbusana berwarna putih dan mempamerkan adat Melayu.
Oleh kerana Pevita sudah selamat off market, media di Indonesia melaporkan seluruh warganet seberang mengisytiharkan semalam sebagai hari 'patah hati sedunia'.
Perkongsian laman sosial suasana sekitar majlis akad nikah perkahwinan aktres itu turut dibanjiri komen peminat yang rata-ratanya terkejut dengan berita tersebut.
'Apakah ini? Tidak!'
'Patah hati seIndonesia.'
'Hari patah hati nasional, moga terus bahagia Pev.'
'Mendoakan segala keberkatan dan limpahan bahagia untuk keluarga baharu kamu Pev. Sihat, sukses dan terus berkarya.'
'Pada dasarnya semua takdir ALLAH itu selalu baik walau saya perlu air mata untuk menerimanya. Tahniah Pev.'