'Bukan niat buka aib, berhenti cari info duda & isteri barunya.' Jururawat diceraikan selepas 5 tahun jaga suami sakit mohon maaf

Iklan

'SEMUA yang terjadi adalah khilaf daripada saya....'

Boleh dikatakan hampir semua wanita sedih dan remuk hati melihat Nurul Syazwani disia-siakan bekas suaminya yang berkahwin baharu hanya selepas seminggu bercerai.

Iklan
Iklan

Tidak kurang yang meluahkan tasa geram kepada bekas suaminya kerana tergamak meninggalkan beliau yang telah enam tahun berkongsi susah dan senang.

Tapi belum reda simpati dan amarah warganet, sekarang tular pula video jururawat itu memohon maaf secara terbuka.

Iklan

Selepas beberapa hari kisah perkahwinan bekas suaminya viral, Nurul Syazwani tampil menceritakan tujuan asal hal berkenaan dikongsikan kepada umum.

Iklan

Rupanya tidak lama selepas kisah berkenaan itu, warganet bertindak lebih jauh dengan membongkar identiti dan media sosial wanita yang menjadi isteri baru bekas suaminya.

Bimbang situasi menjadi lebih buruk, Nurul Syazwani berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu video di TikTok.

"Saya nak minta maaf kepada bekas suami, isteri barunya serta keluarga mereka mengenai posting yang telah viral di Facebook katanya dengan rendah diri.

Beliau juga menjelaskan tidak berniat untuk membuka aib atau menyindir, sebaliknya hanya ingin menjawab pertanyaan ramai mengenai perkahwinan bekas suaminya yang sudah menjadi perbualan umum.

"Semua orang tertanya-tanya dan tag saya di Facebook. Pihak pengantin perempuan juga bertanyakan hal tersebut. Jadi, posting saya di FB bukanlah untuk membuka aib sebaliknya mengelakkan fitnah.

"Terutama kepada kawan-kawan yang bertanyakan hal itu kepada saya," kongsinya.

Artikel berkaitan:

'Kami dah buat yang terbaik...'. 6 tahun bersama, jaga masa sakit, isteri pilu suami nikah lepas seminggu cerai

Isu pasangan curang & PJJ dengan suami, Wany Hasrita pilih berlapang dada. 'Dulu curi-curi tengok telefon, baru tahu... '

'Saya tak nak awak dah...' Wanita cekup suami curang dalam kereta, netizen bengang penyondol beri alasan ambil durian

Nurul Syazwani juga mendedahkan bahawa beliau sudah mengetahui tentang perancangan perkahwinan bekas suaminya sejak Julai dan mereka berdua berpisah dengan baik tanpa sebarang perselisihan.

"Sehingga ke hari ini, tiada pergaduhan yang berlaku. Sepanjang berkahwin, suami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan juga anak," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Nurul Syazwani juga memohon maaf kepada isteri baharu bekas suaminya.

"Akhir sekali saya ingin memohon kepada semua untuk hentikan segala kecaman, izinkan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Kami memilih jalan berdamai.

"Saya juga ingin memohon maaf kepada isteri dan keluarganya. Kita sama-sama meneruskan kehiduapn masing-masing dan yang penting anak kami, supaya boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu beliau turut merayu agar warganet berhenti menggali maklumat tentang bekas suami dan pasangan baharunya di media sosial.

"Sehingga hari ini masih ramai yang memberi kata-kata tidak enak didengar... memaki, mencarut dan menghina yang mana ia sangatlah tidak bagus.

"Saya berharap kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran demi menjernihkan keadaan. Paling penting, kita mendoakan yang terbaik buat semua pihak," ujarnya.

Sekadar info, Nurul Syazwani diceraikan selepas lima tahun menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kemalangan sekitar Ogos 2019.

Mereka yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pernah melalui perkahwinan jarak jauh (PJJ) selama dua tahun.