'Saya tak nak awak dah...' Wanita cekup suami curang dalam kereta, netizen bengang penyondol beri alasan ambil durian

No Image Caption
A
A
A

KES pasangan curang semakin menjadi-jadi, apatah lagi ia membabitkan orang ketiga yang merupakan individu dikenali.

Terbaharu, tular sepotong video pendek yang memaparkan seorang isteri bertindak menyerang lelaki dipercayai suaminya bersama wanita lain sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, sang isteri yang dikenali sebagai Nur Surainy meluahkan rasa tidak puas hati dan sebak ketika mengetahui suaminya berdua-duaan di dalam kereta.

Biarpun kecewa dengan situasi tersebut, namun disebabkan terselit rasa sayang dan hormat membuatkan beliau masih memanggil suaminya dengan panggilan sayang. Namun di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa hatinya hancur melihat kecurangan di depan mata.

Lebih menyedihkan, perkahwinan yang terbina sejak tiga tahun lalu musnah sekelip mata apabila wanita di dalam kereta itu rupa-rupanya adalah rakan sekerja suaminya.

Isteri mendakwa suaminya telah curang beberapa kali sebelum ini, namun beliau ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti.

"Selalu aku tengok orang je, kali ini diri sendiri yang kena, sakitnya makan dalam, rupanya dapat tahu dari team member kilang, dia dah banyak kali keluar bersama, cuma tak ada bukti je.

"Aku dapat rasa perubahan dia ketara sangat, menyesal suruh dia masuk balik bekerja dekat situ dan mereka bersama dah lama dalam kilang tanpa aku tahu.

"Mustahil tiada rasa sayang antara kau dengan perempuan tu. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, kan,"katanya.

Wanita yang ditemui berselingkuh bersama suaminya itu mempertahankan diri dengan memberitahu dirinya konon hanya ingin mengambil durian di dalam kereta.

Sementara itu, Surainy turut meminta doa daripada orang ramai supaya dirinya mendapat keadilan di mahkamah kelak.

Netizen turut meminta kerajaan menambahbaik pelaksanaan undang-undang bagi 'menghukum'orang ketiga dan pasangan yang berlaku curang.

Baca juga: Aliff Aziz dan Ruhainies hadir di Mahkamah, bakal didakwa atas pertuduhan berkhalwat

Baca juga: Puteri Sarah dedah Bella masih tidak boleh terima kenyataan bercerai, dalam fasa sesuaikan diri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang