'Kami dah buat yang terbaik...'. 6 tahun bersama, jaga masa sakit, isteri pilu suami nikah lepas seminggu cerai
ROBEK hati baca perkongsian ini. Viral sejak semalam, walaupun hati sedang sakit wanita dikenali sebagai Nurul Syazwani masih mampu mengucapkan tahniah buat bekas suaminya yang sedang berbahagia dengan wanita dicintai.
Dalam hantaran di Facebook, Nurul Syazwani menyerahkan tugasnya kepada isteri baharu lelaki itu.
“Tahniah suami, moga bahagia dengan pilihan hati awak.
“Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia,”tulisnya yang turut memuat naik foto pernikahan dan persandingan lelaki itu.
Difahamkan, lelaki itu berkahwin baru selepas seminggu mereka berpisah.
Paling luluh hati, dia sempat meluahkan syukur kerana telah selesai menjalankan tugas sebagai seorang isteri terutama menjaga suaminya sepanjang berkahwin selama enam tahun.
“Alhamdulillah, saya dah selesai dengan dia.
“Sekarang masa untuk awak (isteri baharu) ambil alih tanggungjawab saya,”luahnya.
Sebelum itu, Nurul Syazwani berkongsi pengalamannya menjaga lelaki itu yang terlantar akibat kemalangan jalan raya di media sosial beberapa tahun lepas di laman Facebook.
Simpati dengan takdir yang menimpa Nurul Syazwani, warganet memberi kata-kata semangat agar terus kuat.
Dalam hantaran terbaru, dia sempat berkongsi bekas suaminya itu telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga berpisahan mereka Isnin lalu dan memohon ramai tidak mengecam lelaki itu.
"Assalamuaikum..saya minta maaf semua..saya perlukan masa bertenang.
"Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik dan saya juga telah buat terbaik untuk rumah tangga kami. Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya dan anak.
"Jodoh, rezeki, ajal maut ALLAH sudah tetapkan dan ALLAH sudah tetapkan jodoh kami setakat itu.
"Ujian ini bukan hanya untuk saya tetapi dia juga. Mohon jangan kecam kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah-NYA.
"Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami.
"Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami. Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain. Doakan yang terbaik untuk kami, salam sayang buat semua," kongsinya.
Difahamkan pasangan tersebut juga pernah perkahwinan secara jarak jauh selama dua tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang