16 das tembakan meriam, live di Kuantan & Pekan, istiadat perkahwinan diraja Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya berlangsung 5 hari

Iklan

PAHANG nampaknya bakal menerima seorang lagi puteri yang cantik jelita. Istiadat Perkahwinan Diraja, putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan berlangsung selama lima hari bermula 22 Oktober.

Iklan
Iklan

Istiadat perkahwinan diraja akan bermula dengan Istiadat Meletak Kerja di perkarangan Istana Abdulaziz pada hari ini.

Wah, bukan calang-calang istiadat perkahwinan diraja kali ini! Sebanyak 16 das tembakan meriam akan dilepaskan dan istiadat akan dimulakan dengan Tengku membaca Watikah Pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja dan menaikkan Bendera Istiadat Meletak Kerja.

Iklan

"Sebaik sahaja tembakan meriam dilepaskan kira-kira pukul 9.30 pagi, bacaan doa diteruskan bagi menyempurnakan Istiadat Meletak Kerja.

"Pada pukul 6.30 petang pula, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadualkan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah 1,” katanya Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya.

Iklan

ISTIADAT PERNIKAHAN

Pasangan pengantin diraja itu bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis ini, di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada 8 malam.

ISTIADAT BERINAI

Istiadat perkahwinan diraja kemudian diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktpber dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini yang akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.

Sementara itu, susunan Adat Istiadat Pahang diteruskan dengan Istiadat Santap Nasi AdapAdapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz.

"Istiadat Santap Adap-Adapan bermula pada pukul 4 petang dengan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan Istiadat Menyuap Nasi Semangat kepada pasangan pengantin.

"Sebaik sahaja Istiadat Nasi Semangat dizahirkan, istiadat diteruskan dengan Istiadat Merenjis dan Istiadat Bersiram,” katanya.

Mohamed Zahari juga berkata bacaan doa akan disempurnakan oleh Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim sebelum Istiadat Bersiram dizahirkan dan Majlis Jamuan Teh akan bermula sebaik pasangan pengantin diraja selesai Istiadat Bersiram.

Istiadat perkahwinan diraja itu akan diakhiri dengan Tengku Amir menurunkan Bendera Istiadat Menutup Kerja diikuti 16 das tembakan meriam dan bacaan doa oleh Mufti Pahang.

Tembakan meriam akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk negeri ini boleh mengikuti Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan menerusi siaran langsung ditayangkan pada dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Pekan, Pahang dengan pelbagai acara menarik diadakan di kedua-dua lokasi tersebut.

Sumber: BERNAMA