Teruskan bisnes minyak wangi milik suami selepas diuji penyakit jarang jumpa, semangat kental wanita ini cetus inspirasi buat semua

Iklan

MENERUSKAN bisnes minyak wangi yang diusahakan suami tercinta bukanlah satu tanggungjawab enteng untuk digalas oleh Nur Fateha Isahak.

Apatah lagi, mempunyai anak yang masih kecil dan pada masa sama, menjaga belahan jiwanya yang terlantar selepas disahkan menghidap penyakit jarang-jarang jumpa, Sindrom Brugada.

Iklan
Iklan

Kelainan kesihatan itu merupakan gangguan ritma jantung disebabkan masalah genetik yang boleh menyebabkan penderitanya mengalami masalah jantung terhenti secara mendadak.

Muhammad Zulhilmi Zulkurnain, 32, yang sebelum ini sihat dan tidak pernah mengadu sakit, secara tiba-tiba pengsan selepas mengalami serangan jantung.

Iklan

Kepada SinarPlus, Nur Fateha memberitahu, tahun 2023 merupakan detik penuh dugaan mencabar apabila suaminya terpaksa berkampung di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Melaka selama lebih empat bulan.

Iklan

"Dalam keadaan sarat, saya ke hulu ke hilir menguruskan suami yang masih tidak sedarkan diri dan sepatutnya tarikh bersalin lambat lagi tapi anak ‘keluar’ awal. Mungkin disebabkan stres, panik dan banyak berjalan,” ceritanya yang menetap di Puchong, Selangor.

Wanita tabah berusia 32 tahun itu mengakui, dalam tempoh tersebut, dirinya kerap tertanya-tanya punca kesihatan si suami yang semakin hari semakin merosot dan keputusan ujian benar-benar menyentak jiwanya.

Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.