MUNTAH, diarea dan demam, pelakon Rozita Che Wan dilaporkan telah dimasukkan ke wad.
Masalah kesihatan selalu kita tak dapat nak jangka termasuklah pelakon kesayangan ramai ini.
Menurut sumber yang memberitahu SinarPlus, isteri kesayangan Zain Saidin itu demam dan muntah diikuti masalah penghadaman sehingga memaksa beliau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di ibu negara.
Iklan
Menerusi hantaran di Instagram, selebriti jelita itu sempat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah jenama insurans.
"Berbelas tahun ambil insurans ini, dan ini baru first time admit dan nak claim insurans.
Iklan
"Lima jam tunggu guarantee letter untuk approve, belum juga approve lagi. Teruknya servis," titipnya.
Sama-sama kita doakan Che Ta cepat sembuh.