Pati burger bertingkat saiz jumbo, keunikan 100 peratus daging import Australia dan resipi luar biasa bikin ramai ketagih

Iklan

PEMINAT makanan segera pastinya tidak akan menolak jika dihidangkan dengan seleksi burger enak dengan pati daging bersaiz jumbo di depan mata.

Apatah lagi, ditambah dengan ramuan daging, pembikinan roti bakar dan sos mayonis istimewa boleh memukau selera pelanggan yang inginkan kelainan.

Iklan
Iklan

Jika anda antara mereka yang sedang mencari keunikan sedemikian, boleh pertimbangkan untuk singgah ke Fuel Shack yang memiliki 16 cawangan di seluruh negara.

Iklan

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Fuel Shack, V Surendar, antara menu laku keras yang menjadi pilihan ramai ialah Original Shack, Lamb Supreme, Triple Tower Burger dan Aloha Chicken.

#fuelshack

Iklan

"Selain itu, buat peminat daging kambing, kena cuba Lamb Supreme atau Mini Tower Lamb Supreme kerana pati juga bersaiz jumbo dan berjus. Rasanya memang lain daripada lain,” katanya.

Menariknya, gandingan roti yang lembut, keju, sayur salad segar, hirisan tomato, bawang dan sos mayonis dengan resipi tersendiri membuatkan menu santai itu tumpuan ramai.

Surendar atau mesra disapa Joe itu juga percaya, penggunaan 100 peratus daging lembu dan kambing yang diimport khas dari Australia juga daya tarikan selera pelanggan.

Akui Joe, ramuan daging yang ditawarkan lebih istimewa kerana dimasak dengan sempurna menggunakan dapur khas dengan teknologi suhu serba canggih.

"Lagi satu, kami juga menggunakan bahan-bahan tempatan kerana percaya produk lokal adalah yang terbaik,” katanya yang juga memperkenalkan menu baharu, Spicy Korean Burger dan Spicy Chicken Karaage.

Berkongsi kulinari terkini, Joe memaklumkan pengenalan dua sajian tersebut bagi memenuhi permintaan ramai yang sukakan resipi pedas dari Korea Selatan.

"Selain itu, rasai inovasi terbaharu untuk opsyen pemanis mulut, burger ais krim, Icy Isha yang akan mengembalikan zaman kanak-kanak kalian. Gabungan roti bakar, biskut buatan sendiri dan ais krim memang terbaik,” pelawanya kepada orang ramai.

Tidak sempura dulang hidangan tanpa Chili Chicken Cheese Fries dan bebola keju yang menjadi signatur lauk tambahan untuk dicuba jika singgah ke Fuel Shack berhampiran anda.