KALAU jalan-jalan area bandaraya Johor Bahru, memang tak sah jika tak singgah makan di premis viral yang boleh dikatakan banyak di sana.
Bukan apa, menu yang ditawarkan memang lain daripada lain membuatkan kita yang duduk Lembah Klang ni rasa nak terbang jer ke sana untuk membeli.
Apam balik misalnya, bukannya bentuk biasa yang dijual. Ia dijual secara mini dengan pelbagai topping enak.
Lagi marem orang kata, setiap inti yang ditaburkan memang tak kedekut.
Bukan satu tapi lebih kurang 20 jenis, antaranya jagung, pistachio, coklat, red velvet, kacang, keju, biscoff dan banyak lagi.
Itulah keunikan yang ditawarkan Mork Apam Balik Keju yang beroperasi di Tapak Penjaja Jalan Serangkai 1, berhampiran U Sentral Masai, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
Ramai pengguna TikTok berkongsikan pengalaman menikmati juadah baby apam balik itu dan masing-masing puas hati dengan rasa serta intinya.
#jommakan #makanmakansinarplus #nasiberlaukviral #fyp #fypage #nasiberlauktengahmalam #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ゚viral" />