Isteri cekal jaga Azlan Komeng lumpuh, jual sos original Thai. 'Tak mahu ada tabung, kami meniaga kecil-kecilan'

Iklan

TABAHNYA kan isteri pelakon Azlan Komeng ni. Walaupun terpaksa menjaga suami yang sedang terlantar lumpuh, tetap berusaha untuk berdikari dengan mencari wang sendiri.

Selalu ada di sisi Azlan, Nur Nilam Ortiz enggan menerima bantuan atau membuka tabung mengumpul dana bagi menanggung perbelanjaan rawatan pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi itu.

Iklan
Iklan

"Ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke? Kami tak ada buka tabung sumbangan dik.

"Insya-ALLAH, ALLAH akan cukupkan keperluan kami dengan meniaga kecil-kecilan sahaja.

Iklan

"Supportlah, dengan sokongan kalian bolehlah kami beli susu dan lampin pakai buang.

"Sos ini sos hijau original Thailand. Kami buka beg kuning ya," jelas wanita kacukan Thai-Sepanyol itu di TikTok.

Iklan

Azlan dan Nur Nilam terdahulu terlibat kemalangan di Kuala Lipis, Pahang sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan menyebabkan pelakon itu cedera parah iaitu patah tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul.

Sentiasa berkorban untuk isteri, Azlan dikatakan menjadi 'perisai’ melindungi Nur Nilam menyebabkan wanita kacukan Siam dan Sepanyol itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Baru-baru ini, pelakon filem Remp-It dan Hikayat Merong Mahawangsa itu meluahkan kesediaan melepaskan isterinya selepas dimaklumkan berisiko untuk lumpuh.

Namun,Nur Nilam terus menyatakan kesetiaannya kepada suami dan berjanji Azlan.

Sumber: TikTok