Aktor Roslan Saleh semakin uzur, pengorbanan isteri menjaga lebih 2 tahun jadi perhatian. 'Moga dikurniakan syurga Firdaus'

Iklan

ORANG kata suami diuji saat mempunyai segalanya manakala isteri pula diuji ketika suami tidak memiliki apapun.

Itu yang boleh diungkapkan dengan ketabahan isteri pelakon veteran Roslan Saleh, 67, ini benar-benar menyentuh hati netizen.

Iklan
Iklan

Dua tahun lamanya menjaga Roslan yang uzur, Zainun Majid, 55, tidak pernah berputus asa merawat dengan penuh kasih sayang.

Dalam satu hantaran, pengguna TikTok dikenali sebagai Ustaz Taufik telah memuat naik satu video memaparkan keadaan lelaki yang mesra dipanggil Pak Lan.

Iklan

Pelakon versatil itu dilihat sangat susut berat badan dan hanya mampu terbaring di atas katil.

Sementara itu, isterinya pula menitikkan ubat pada kedua-dua belah matanya.

Iklan

Pada kapsyen, lelaki tu memuji Zainun tidak yang tidak pernah jemu dan putus asa menjaga suaminya itu.

Beliau juga mendoakan agar wanita itu dikurniakan pahala atas jasanya terhadap suaminya itu.

Difahamkan, Zainun setia berada di sisi Pak Lan siang dan malam tanpa rasa jemu sementelah lelaki itu sudah hilang penglihatan.

"Moga ALLAH SWT kurniakan isteri Pak Lan sebaik-baik ganjaran iaitu ganjaran syurga Firdaus asbab mujahadah dan pengorbanannya terhadap suami,” katanya.

Sementara itu, Zainun sendiri mengakui keadaan Pak Lan semakin uzur tidak seperti yang digambarkan orang ramai.

Katanya keadaan pelakon itu sama seperti dua tahun lalu.

MStar yang sempat menemuramah Pak Lan berkata pelakon itu agak lemah tetapi kedengaran positif dan bersangka baik kepada ALLAH.

"Saya reda dengan apa yang ALLAH berikan kepada saya ini. Beginilah keadaan saya, mata tidak nampak, kaki tak boleh berjalan malah badan pun sudha tidak kuat," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak terhadap keadaan pelakon veteran tersebut disamping mendoakan agar Pak Lan diberikan kesembuhan.

Sekadar info, sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan pada tahun 1995, Pak Lan pernah bekerja sebagai guru.

Pada tahun 2017, beliau mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran iklan dan drama.

Roslan menghidap beberapa jenis penyakit seperti diabetes, tekanan darah rendah dan batuk kering yang menyebabkan beliau terpaksa berhenti berlakon.

Keadaan kesihatannya juga mula merosot sejak awal Oktober 2022.

Sumber: mStar