'Pelukan pertama Kak Long, dah ada geng.' 9 hari tunggu dukung adik, telatah Talita anak Raja Ilya bikin terhibur

Iklan

COMEL sungguh gelagat anak Raja Ilya ini. Anak sulung, Talita Love, 2, teruja pertama kali bersua dengan adik lelakinya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu.

Apatah lagi, si kecil itu sudah tidak lagi keseorangan dan mempunyai 'geng' baharu untuk bermain bersama.

Iklan
Iklan

Momen bermakna Talita bertemu adik yang dinanti-nantikan dirakam Ilya.

Kenapa begitu lama menunggu untuk menemukan kedua-duanya?

Iklan

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 39, menjelaskan dia terpaksa mengambil masa lama untuk mempertemukan kedua-dua anaknya itu kerana Talita mengalami selesema.

Iklan

Pelakon Suamiku, Encik Perfect 10 dan Appalam itu terpaksa mengasingkan Talita daripada Royal kerana bimbang penyakit berkenaan akan berjangkit kepada bayinya yang baru lahir itu.

"Jadi empat hari Ilya kat hospital dia duduk dengan atuk nenek dia dan Trent. Terpaksa tunggu dari Jumaat nak peluk adik dia.

"Biasa la, budak-budak ini kalau sakit mesti cepat jangkit. Jadi kena berhati-hati sikit," jelasnya.

Talita dilihat cukup gembira dan tersenyum girang selepas berjaya memeluk Royal.

"Pelukan pertama Kak long dengan adik dia, Royal Abraham. Harini baru pertama kali luangkan masa betul-betul dengan adik," kongsi Ilya pada kapsyen.

Warganet yang teruja dengan aksi Talita dan adiknya mendoakan agar si comel itu akan membesar dengan sihat.

Tidak kurang yang tertarik dengan pipi comel dua beradik itu yang kemerah-merahan semula jadi!

Royal dilahirkan seberat 4.7 kilogram (kg) menerusi pembedahan di King Edward Memorial Hospital, Australia.

Sekadar info, pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India Malabari itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 dan memilih menetap di negara kelahiran suaminya.