Manis & berseri-seri! Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Puteri tampil serba biru untuk istiadat berinai

Iklan

SELAMAT diijabkabulkan pada Khamis, pasangan pengantin diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan terus diraikan dalam Istiadat Berinai.

Majlis yang diadakan di Dewan Temenggung, Istana Abdulaziz, Kuantan dimulai dengan keberangkatan pengantin perempuan diiringi dua pengapit yang juga kakandanya.

Iklan
Iklan

Selepas selesai majlis berinai bagi pihak pengantin perempuan, istiadat itu diteruskan dengan meraikan pengantin lelaki yang diriingi dua kekandanya sebagai pengiring.

Iklan

Bonda pengantin diraja, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan istiadat berkenaan bagi pengantin perempuan.

Iklan

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berkenan memulakan istiadat tersebut di sebelah pihak puteranya.

Turut berangkat Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kedua-dua pengantin berbusana biru muda tampak manis dan berseri-seri sepanjang majlis yang berlangsung lebih sejam.

Istiadat Persandingan dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober dan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Bandar Diraja Pekan.

Sekadar info, Tengku Muhammad Iskandar iaitu pewaris takhta kedua Kesultanan Pahang sah bergelar suami kepada Tengku Natasya Puteri berwalikan bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz tepat pukul 8.59 malam, Khamis.

Kredit foto: Kesultanan Pahang