Ibu minta hantar ke rumah orang tua, jawapan Azhan Rani buat ramai terhibur. 'Anak mak kan dah tua...'

Iklan

PELAKON Azhan Rani memang anak yang penyayang. Kalau dilihat, dari dulu lagi beliau sentiasa menjaga permaisuri hatinya, Salmah Budin, 78.

Selalu juga pelakon Rasuk dan Penanggal Mak Kiah itu memuat naik hantaran bersama ibu tercinta. Malah Azhan memilih untuk terus membujang bagi menjaga Salmah yang sedang uzur.

Iklan
Iklan

Kalau bukan melawak bukan Azhan Ranilah. Dalam perkembangan terbaru, aktor berusia 47 tahun itu sempat berjenaka apabila warga emas itu meminta untuk dihantar ke rumah penjagaan orang-orang tua.

Berikut perbualan dua beranak itu yang menggelikan hati.

Iklan

Emak: Hantarkah mak ke rumah orang tua-tua. Mak tak nak susahkan kau," kata ibunya.

Iklan

Azhan: Emak kan dah dekat rumah orang tua.

Emak: (blur...motif?)

Azhan: Anak mak kan dah tua.

Emak: ooo ye tak ye jugak. Ok, case closed. Jom lepak Genting. Sekian drama sebabak.

Hantaran Azhan di Instagram menerima pelbagai reaksi warganet. Rata-rata mengakui terhibur dan memuji kebaikan Azhan melayani ibunya.

Ujar mereka:

"Semoga ALLAH angkat martabat azhan dan masuk syurga bersama-sama dengan emak tercinta nanti."

" Comel emak Azhan. Semoga emak sihat dipanjangkan umur biar anak mak berbakti kepada mak ya," katanya.

"Semoga murah rezeki Azhan menjaga ibu yabg sudah tua. Semoga ibunya juga sihat sejahtera, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Hidup diberkati dunia dan akhirat. insya-ALLAH," katanya.

"Azhan jadi inspirasi. Pandai anak mak jawab tanpa mengguris perasaannya."

Tahun lalu, penyanyi itu pernah mengenepikan urusan kerja demi menjaga Salmah yang semakin uzur dan terlantar akibat sakit tua.

Ditanya soal jodoh, pelakon popular dengan drama Nur itu belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.

Fokusnya ketika ini hanyalah untuk menjaga ibunya yang sedang uzur selain turut sibuk dengan kerjaya seni.

Sumber: Instagram, Sinar Harian 1, 2