BENAR-benar tragedi Oktober, hampir tidak percaya namun inilah berita mengejutkan yang penulis terima.
Ikatan perkahwinan penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff akhirnya terlerai apabila mereka dikatakan bercerai talak satu hari ini.
Hampir enam tahun bergelar suami isteri anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal Ella difahamkan membuat pengesahan lafaz cerai secara ekspres Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, tengah hari tadi.
Lapor Kosmo, sumber yang enggan dikenali berkata Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.
Pasangan itu dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan bekerjasama berkaitan penjagaan tiga cahaya mata mereka.
"Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
"Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama,” kata sumber terdekat penyanyi terbabit kepada Kosmo! Online.
Menerusi tinjauan SinarPlus, Kaka baharu berkongsi foto bermain tanah liat bersama anak-anak dan bekas suaminya pagi tadi.
Sekadar info, Kaka dan mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018
Perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 5, Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
Penyanyi lagu Bawa Aku Pergi dan Bukan Hal Aku itu juga merupakan penjaga kepada empat orang anak arwah kakaknya, yang berusia antara 3 hingga 14 tahun apabila wanita itu meninggal dunia secara mengejut selepas mengalami jangkitan kuman dalam otak.
Sumber: Kosmo