Tak sempat berada di sisi, Ronnie Hussein pasrah ibu sudah tiada akibat kegagalan organ. 'Selamat pulang ke negeri abadi bondaku...'

Iklan

TAKZIAH diucapkan kepada penyanyi Ronnie Hussein dan keluarga atas pemergian bonda tersayang, Che Nah Jaafar, 65, menghembuskan nafas terakhir petang kelmarin.

Siapa tidak terkejut apabila ibu tersayang pergi secara tiba-tiba. Langsung tidak menjangka pemergian permaisuri hatinya itu. Ronnie sempat menitipkan doa.

Iklan
Iklan

Ya ALLAH, ampunilah segala dosa-dosanya, luaskanlah kuburnya, jauhkannya daripada seksaan kubur dan api neraka, tempatkannya di taman syurga Ya ALLAH.

Iklan

Portal berita tempatan melaporkan ketika saat-saat akhir ibunya, Ronnie sedang memenuhi jemputan persembahan di Ipoh, Perak.

Iklan

Mengakui tidak sedap hati, beliau bagaimanapun sempat video call dengan ibunya dan sempat melihat ibu tersayang mengalirkan air mata.

Bagaimanapun, semasa menunaikan solat Asar, telefonnya berdering dan dimaklumkan ibunya sudah tiada.

Jelas Ronnie, Che Nah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor sejak Rabu selepas mengadu sesak nafas sehingga terpaksa ditahan wad.

"Doktor maklumkan mak meninggal dunia akibat kegagalan organ tapi ketika mak hubungi saya untuk dibawa ke hospital dikhabarkan dia mengalami sesak nafas.

"Kemudian pada hari Khamis keadaannya sudah beransur baik. Saya belikan dia buah anggur dan nasi goreng, sehinggalah pada hari Jumaat malam kesihatannya tiba-tiba merosot dan meninggal dunia pada jam 4.37 petang Sabtu," katanya.

Menerusi ruangan komen di Instagram, warganet menitipkan doa buat Ronnie agar kuat dan tabah menerima kehilangan ini. Ujar mereka:

"Innalillahiwainnalillahirojiun. Salam takziah buat Ronnie dan keluarga."

"Salam takziah buat keluarga Ronnie. Al-Fatihah buat arwah ibu. Be strong."

"Salam takziah @ronnie_hussein ! Semoga roh arwah ditempatkan bersama amalan para solehah, aamiin."

Sumber: Instagram, Harian Metro