"Selagi orang tak tanya, kita jangan masuk campur...'Aqasha enggan ulas isu keretakkan rumah tangga rakan artis

Iklan

BARU-baru ni, isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan artis menjadi bualan ramai. Aqasha, atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen.

Bapa kepada dua orang anak itu percaya jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan dan tiada sesiapa yang berhak untuk mempertikaikannya.

Iklan
Iklan

"Ada masa saya pun berkongsi pendapat dan pengalaman juga tetapi dari sudut mengekalkan perkahwinan saya tak cakap banyak sebab saya tahu ajal maut, jodoh, rezeki semua di tangan Tuhan,"ujarnya.

Bahkan, penyanyi yang popular dengan lagu Obsesiku itu berkata, sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi sebaik-sebaik perancang adalah dari YANG MAHA ESA.

Iklan

"Kita cuma boleh bercakap dan sebut sesuatu yang kita rancang tetapi perancang yang sebenar-benarnya adalah ALLAH. Saya tak banyak cakap kerana tak nak mendahului perkara yang tidak sepatutnya,"katanya lagi.

Walaupun terdapat masalah rumah tangga di antara rakan-rakan artis terdekat, suami Noor Baizura Mohd Sabri berpegang pada prinsip untuk tidak campur tangan dalam isu tersebut kecuali jika mereka meminta pertolongan.

Iklan

"Ada ruang-ruang dalam kehidupan kita perlu serahkan kepada takdir dan itulah pendekatan saya. Selagi orang tak tanya sesuatu hal mengenai orang lain, kita jangan masuk campur urusan keluarga dan kehidupan orang lain.

Bukan hanya itu, empunya diri juga jarang menonjolkan diri apatah lagi hal privasi yang membabitkan isteri dan anak-anak di khalayak ramai.

Status kedudukannya sebagai artis katanya tidak perlu melibatkan isteri. Tatkala ditanya kenapa memilih berbuat demikian, ini jawapan padu Aqasha.

"Yang sepatutnya berada di bawah lampu sorot itu adalah saya. Status sebagai selebriti juga adalah saya dan sebagai orang Islam status isteri adalah 'aurat suami'. Jadi isteri saya akan muncul pada waktu sepatutnya sahaja," ulas Aqasha lagi.