Tahniah! Anak sulung Rita Rudaini raih Anugerah Pengetua MRSM, catat GPA 3.8. 'Fly high Rayyan..'

Iklan

SEKALI lagi Airit Rayyan Rizqin yang juga anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini, meraih perhatian apabila dikhabarkan mencatat pencapaian cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua baru-baru ini.

Bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. Anak pelakon Mami Jarum Junior itu seorang yang bijak dan sering mencatat rekod cemerlang bukan sahaja dalam lapangan sukan, malah memiliki pencapaian akademik yang mengagumkan.

Iklan
Iklan

Kegembiraan di atas kejayaan tersebut dikongsikan sendiri oleh Rita, 48, menerusi hantarannya di Instagram.

Iklan

"Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini.

"Terima kasih homeroom Ryan, Mommy Ustazah @norfaiza8 wakilkan untuk Rayyan/

Iklan

"Fly high Ryan," coret Rita.

Menerusi foto yang dimuat naik, turut tercatat keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) yang diraih Ryan iaitu 3.842.

Pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.

Warga maya menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi. Ujar mereka:

"Powernya. Nama anak saya Rayyan juga. Semoga Rayyan anak saya sama hebat macam Rayyan anak Rita. I adore you."

"Congrats Rayyan! Fly high. Kejar 4 flat."

" Tahniah Rayyan. Fly high dik. Semoga terus sukses dan berjaya dunia akhirat."

"Sukan cemerlang, akademik cemerlang. Terbaik Rita mendidik, Alhamdulillah."

Baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.

Selain mensasarkan keputusan CGPA 4.0, Rayyan juga berdoa agar berjaya bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.