BUAT pemburu tegar pastri, mungkin kalian teruja untuk mencuba menu baharu. Apatah lagi, ia merupakan resipi istimewa dari Perancis.
Negara yang terkenal dengan seleksi pemanis mulut sehingga ramai yang sanggup berbelanja besar untuk ke sana.
Mungkin satu berita baik buat peminat pastri dan kek petit, outlet pertama Lapisan Pâtisserie kini sudah dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur.
Uniknya, premis tersebut menawarkan pengalaman kulinari tradisi Perancis yang menggabungkan sentuhan cita rasa tempatan.
Setiap kek comel dan pastri enak dibikin dengan penuh teliti, tekstur halus, persembahan yang menawan dan rasa yang seimbang.
Berkongsi berita baik tersebut, Pengarah Urusan Lapisan Pâtisserie, Patrick Sim berkata, pihaknya teruja untuk membawakan jenama terkemuka itu ke Malaysia.
"Lapisan Pâtisserie menceritakan kisah kreativiti pertemuan warisan yang mana matlamat kami bukan sekadar untuk menawarkan pastri semata-mata.
#jommakan #makanmakansinarplus #morkapambalikkeju #qishmochi #kunafaaliff #kampungdesert #sinarplus #lifestylesinarplus #lifestylesinarharian #fyp #fypシ゚" />