'Bagi bunga, tapi masalah masih sama tak guna juga...' 41 tahun kekal bahagia, Yusof Haslam dedah rahsia perkahwinan bertahan

Iklan

PENULIS sejujurnya kagum juga dengan perkahwinan orang lama, berpuluh tahun berkongsi hidup, rumah tangga yang dibina kekal utuh biarpun pelbagai ujian membadai.

Salah satunya ialah pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail yang masih berjaya mengemudi rumah tangga lebih empat dekad.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya bapa kepada empat cahaya mata itu berpegang teguh kepada nasihat arwah ibunya dan beliau memastikan akan memujuk isterinya setiap kali berlaku pergeseran antara mereka.

Bak kata pepatah Melayu, andai takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitu juga dengan rumah tangga, tak akan dapat lari dari segala bentuk ujian dan dugaan.

Iklan

Kata Yusof, suami sebagai ketua rumah tangga harus tahu memainkan peranan.

Iklan

"Sebagai lelaki, jangan anggap bila pujuk isteri, kita kalah. Itu silap. Sehingga kini saya masih pegang petua dan nasihat daripada arwah ibu saya iaitu setiap kali isteri merajuk atau ada salah faham, mesti ambil hati isteri, kalau isteri merajuk, pujuk.

"Arwah ayah saya juga begitu, jika ada salah faham, beliau akan cepat pujuk. Itu yang saya amalkan, Alhamdulillah rumah tangga saya sudah masuk tahun ke-41," jelasnya.

Sebagai 'orang lama', pengarah Sembilu dan Maria Maria itu menasihati setiap pasangan merendahkan ego masing-masing setiap kali perkahwinan berdepan masalah.

"Ini nasihat saya kepada semua pasangan, termasuk anak-anak saya. Kalau ada masalah, cari jalan terbaik, jalan pendamaian.

"Buang ego sebab jika masih ego, masalah tidak akan selesai. Kalau isteri merajuk, suami pujuk tetapi isteri pun janganlah ego atau buat keras sahaja, perlu ada tolak ansur.

"Selalu saya pujuk dengan kata-kata sahaja, tak reti beri bunga. Sesekali beri hadiah ketika hari jadi. Kalau beri bunga, tetapi masalah masih sama tidak guna juga.

"Saya kongsi nasihat ini bukan sebab saya sempurna atau perlu jadikan saya contoh. Ini nasihat sebagai orang tua yang sudah lalui proses perkahwinan," ujarnya.

Mengikuti perkembangan seni tanah air, Yusof mengakui terkejut dengan berita perceraian selebriti akhir-akhir ini.

Biarpun bersedih dengan situasi yang berlaku, beliau termasuk warga maya tidak berhak untuk menilai kerana hanya pasangan itu tahu hal yang berlaku di sebalik rumah tangga mereka.

"Saya terkejut juga bila baca Diana Danielle mahu failkan penceraian. Ketika mereka rujuk tahun lalu, saya antara yang gembira kerana itulah yang kita mahu.

"Walaupun sedih, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka kerana kita lihat secara rambang," katanya.

Sekadar info, Yusof pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya bersama dengan penyanyi Allahyarhamah Raja Noor Saadah Salehuddin pada 1978 bertahan selama dua tahun sebelum mereka bercerai pada 1980.

Yusof mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Fatimah pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Faizal, 41, Mohd Syamsul, 40, Nursyamin, 36, dan Mohd Syafiq, 32.



Saksikan tayangan eksklusif Borak Bibir Merah Eksklusif Bersama Erra Fazira bersama Aina Abdul, Datuk Red dan Ustazah Asmak Hussein pada 30 Oktober jam 8.30 malam di semua platform digital Sinar Harian dan SinarPlus.

Tonton secara LIVE melalui :

Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO

Youtube SinarPlus: https://bit.ly/3yQMdDU