Demi anak-anak, Ina Naim dedah punca berkahwin, perlukan suami untuk membimbing. 'Mereka perlu terus belajar...'

Iklan

INA Naim sah akan berkahwin pada 8 November. Berita yang tersebar dan beberapa kali dinafikan itu akhirnya diiyakan oleh balu Suhaimi Saad itu baru-baru ini.

Malah, pemilik nama Nordiana Mohd Naim, 40, juga menjelaskan tidak boleh bersendirian terlalu lama dan kembali bergelar isteri demi pendidikan empat orang anaknya.

Iklan
Iklan

Bakal menamatkan zaman solo dengan Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada 8 November, pelantun Duhai Hati itu berharap suami baharu dapat membantunya meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anak yang sedang membesar.

"Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa terutamanya Feroz dan Laila kerana banyak masa. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.

Iklan

"Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar.

Iklan

"Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang (suami) untuk teruskan pembelajaran setelah ayah mereka meninggal dunia," kata Ina.

Berkongsi perkara itu rakaman siaran Iangsung yang dimuat naik semula di aplikasi TikTok, Ina juga bercerita mengenai majlis perkahwinannya yang akan berlangsung.

Ujarnya, majlis itu diadakan secara sederhana dan memohon maaf kerana hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat.

"Saya jemput kawan-kawan terdekat. Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan-kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.

"Saya buat sekadar majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk beberapa saudara dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Sebelum itu, timbul khabar angin selepas tular sekeping kad jemputan perkahwinan menunjukkan nama Ina dan majlis yang bakal diadakan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Ina yang kini aktif berniaga mi siput dan produk kecantikan kemudian menjelaskan bakal bernikah dengan seorang duda yang memiliki dua orang anak dikenali sebagai Mohd K.

Sekadar info, Ina berkahwin dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Ogos 2007.

Beliau menggalas status ibu tunggal selepas Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok