'Copy paste Mawi habis, cara cakap pun sama.' Sweetnya Cahaya Malaika, semakin meningkat remaja, kecomelan jadi perhatian warganet

Iklan

BARU berusia 12 tahun, namun kemunculannya di laman sosial TikTok bapanya, penyanyi dan penyampai radio Mawi membuatkan gadis itu mencuri tumpuan ramai.

Iklan
Iklan

Siapa sangka, puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja.

Jarang-jarang berkongsi tentang anak dara di laman sosial, baru-baru ini penyampai Zayan itu memuat naik video bersama Cahaya yang sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.

Iklan

Iklan

Cahaya yang sedang memakai bedak kompak kelihatan malu apabila menyedari dirinya dirakam bapa.

Kian membesar, Cahaya bertuah kerana mewarisi gen cantik daripada kedua-dua ibu bapa. Malah penampilan sopan dan berhijab menyejuk mata yang memandang.

Tidak sekadar itu, tutur kata yang sopan dan murah senyuman membuatkan ramai memuji kesederhanaan beliau biarpun berstatus anak selebriti.

Dahulunya masih kecil, warganet tidak menyangka anak gadis Ekin dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga itu sudah semakin membesar serta cantik.

"Ini copy paste Mawi habis, cara bercakap pun sama."

"Masya-ALLAH, tabarakallah. Cantiknya Cahaya Malaika."

"Dah besar budak comel ni."

"Sekejap sahaja dah remaja Cahaya Malaika. Tak sedar masa berlalu."

Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.

"Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.

"Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi," katanya.

Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya. Sekadar info, pasangan itu bernikah pada 21 Oktober 2008 dan menyambut kelahiran Cahaya pada Februari 2012.

Sumber: Instagram, Berita Harian