HAMPIR sebulan selepas berpisah, aktres dan penyanyi Nur Fazura muncul dalam pelancaran singlenya Bertahan Demi Cinta di Indonesia.
Menerusi laman sosial SEA Today, selebriti berusia 42 tahun itu menjawab soalan diajukan hos berkaitan lagu berkenaan dan mengulas bahawa ia berkisar mengenai rumah tangga.
"Lagu berkenaan mengenai lelaki dan wanita yang saling mencintai.
"Dalam perkahwinan yang banyak halangan bertahan, mereka kuat menghadapi cabaran rumah tangga. Sebab itu tajuk lagu Bertahan Demi Cinta," katanya.
Soal hos, adakah beliau pernah berada di dalam situasi berkenaan, ibu kepada Nur Fatima Aisya itu mengakuinya.
Pengakuan pemilik jenama Fazura itu secara tidak langsung menyatakan perasaannya terhadap perpisahan yang terjadi.
"Jujurnya saya telah berkahwin selama tujuh tahun dan baharu sahaja berpisah kira-kira sebulan yang lalu.
Lagu duet bersama Fattah itu adalah ciptaan komposer Ippo Hafiz dan telah diterbitkan syarikat rakaman Indonesia, Hitz Records.
Difahamkan lagu berkenaan telah dirakamkan pada Februari tahun ini semasa mereka berdua masih bergelar suami isteri.
Para peminat terus memberikan sokongan buat Fazura dan bangga selebriti itu terus melakukan yang terbaik demi kerjaya. Ujar mereka:
"Fazura seorang yang passionate dan positif. Dia ignore haters dan sebab itu dia berjaya. Dia tetap usaha ke hadapan demi mencari rezeki untuk Fatima."
"Teruskan hidupmu bersama Nur Fatima Aisya. Cintamu untuk ALLAH dan Fatima Aisya. Jawapan Fazura sungguh baik dan positif dalam interview ini."
"Its good to see Faz promote this song even the situation is different now. Kerja tetap kerja."
Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 10 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan berusia empat tahun.
Sumber: YouTube