Fatin Afeefa, suami hantar anak lelaki ke tahfiz, momen baca ikrar undang sebak & air mata. 'Akan dipakaikan mahkota...'

Iklan

SIAPA tidak mahu zuriat menjadi penghafal al-Quran, apatah lagi jika mereka pun menunjukkan minat mendalaminya.

Pelakon Fatin Afeefa dan suami tidak ketinggalan menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian.

Iklan
Iklan

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, muncul menerusi video dirakamkan pusat tahfiz berkenaan bersama suami, Alif Awang.

Pasangan itu bagaimanapun gagal menahan sebak dan menitiskan air mata saat putera mereka membacakan ikrar pelajar.

Iklan

"Saya akan berusaha sedaya-upaya menghabiskan hafalan saya dalam masa satu tahun

"Semoga saya dimudahkan, dikurangkan susah, dikuatkan semangat dan diberikan kejayaan oleh ALLAH untuk menjadi al-hafiz dalam masa satu tahun insya-ALLAH.

Iklan

"Barang siapa yang menghafal al-Quran akan dipakaikan ibu bapanya mahkota kebesaran pada hari akhirat. Cahayanya bersinar terang daripada matahari di langit dunia.

"Terima kasih mummy dan bapak. Saya mohon doa demi mummy dan bapak demi kejayaan saya," baca Adam.

Menurut Alif atau lebih dikenali sebagai Opai, Adam tekad untuk mendalami al-Quran sejak pada tahun lalu selepas mereka menunaikan umrah.

"Selesai umrah bersana anak lelaki dan kawan-kawan tahun lepas my son devoted his life to memorize the al-Quran.

"Semalam bermula detik saya dan isteri melepaskan anak ke jalan ALLAH dan agama.

"Semoga anak kami dimurahkan rezeki dapat menghafal 30 juzuk dalam tempoh setahun," kongsinya.

Sekadar info, selain Adam Aisy Arrian, Fatin memiliki cahaya mata perempuan iaitu, Ivy Herra Sophia, 9, daripada perkahwinan keduanya dengan pelakon Adam Shah.

Beliau yang kini mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022 dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Jibril berusia tujuh bulan.

Sumber: TikTok