BONUS panorama matahari terbenam sambil menikmati menu enak dengan suasana romantis, Sizzling Sunset BBQ Dinner antara tarikan terbaharu yang ditawarkan Mercure Kuala Lumpur (KL) Glenmarie.
Uniknya, ruang makan dengan gaya stailo dan kontemporari santai yang terletak di Urban@13 Rooftoop Bar, aras paling tinggi bangunan hotel serba mewah tersebut mengamit kedatangan pelanggan.
Berkongsi pelancaran pengalaman makan malam terbaharu itu, Pengurus Besar Mercure KL Glenmarie, Fariz Victor berkata, acara kulinari berkenaan menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan.
"Hiburan secara langsung didendangkan sebagai halwa telinga. Ruang yang luas dengan suasana bergaya cukup ideal untuk pertemuan sosial dan acara eksklusif,” katanya.
Sementara itu, Cef Eksekutif Mercure KL Glenmarie, Cef Zaharullail Ashari berkata, Urban@13 Rooftoop Bar antara restoran atas bumbung yang terkenal buat mereka yang mahukan destinasi rehat dan santai.
"Sudah pastinya, setiap hidangan disediakan dengan teliti menggunakan bahan-bahan terbaik bagi memastikan perjalanan gastronomi terbaik untuk semua,” katanya.
Si kecil yang disifatkan sebagai satu rahmat buat dirinya dalam meniti kehidupan sebagai seorang ibu, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan itu turut melahirkan rasa syukur dan terharu atas perancangan terbaik daripada DIA.
Untuk anda yang pertama kali datang, Cef Zaharullail mempelawa mencuba daging premium yang dibungkus secara vakum termasuk stik yang diperap dengan rempah-ratus bagi mengekalkan keaslian rasa.
"Salad yang kami tawarkan juga segar dari ladang dengan sos unik untuk melengkapkan lagi hidangan utama. Sudah puas makan, boleh cuba pencuci mulut dengan air pancut coklat yang menggiurkan,” sarannya.
Tidak cukup dengan itu, pilihan minuman panas dan sejuk, buah-buahan, ais kacang serta cendol sebagai menu tambahan yang boleh dinikmati sampai puas sambil berborak dengan teman.
Cef berpengalaman tersebut juga mengesyorkan set Afternoon Tea Set yang ditawarkan buat mereka yang mencari minum petang, lengkap kuih-muih tradisional, potongan kek, cucur udang, samosa, croissant salmon sandwich dan chicken toasted sandwich.
Malah, setiap set juga dihidangkan dengan sajian berasaskan mi, bergantung kepada menu istimewa pada hari tersebut.
Ikan Siakap Purbakala pula antara masakan signatur makan malam di Warna All Day Dining dengan kelainan 27 herba terpilih yang diperap semalaman sebelum dimasak dengan kaedah tersendiri.