"Keluar bersama Baba, Mama semalam...,' Walaupun dah bercerai Emma dan Shazli tetap mesra, luangkan masa bersama anak-anak

Iklan

BIASANYA bila pasangan bercerai, masing-masing akan bawa haluan sendiri dan cuma menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dari jauh. Betul, tak?

Iklan
Iklan

Lain pula cerita pelakon Emma Maembong dan bekas suaminya, Shazli Azhar. Walaupun sudah berpisah, hubungan mereka masih nampak sangat baik.

Baru-baru ni, mereka dilihat meluangkan masa bersama anak-anak mereka iaitu Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah. Walaupun sudah tiada lagi ikatan perkahwinan, pemenang pelakon filem wanita popular Berita Harian dan bekas suami masih boleh berkumpul dan menjaga keharmonian demi kebahagiaan anak-anak. Nampak sangat mesra dengan penuh kasih sayang!

Iklan

Dalam satu hantaran di Instagram, Emma dengan senyuman manis memangku anak bongsunya, Syakil, sementara Shazli pula memeluk erat anak sulung mereka, Syariq. Memang seakan-akan keluarga bahagia, kan?

Tapi yang lebih seronok, bukan hanya Emma dan Shazli, malah anak-anak mereka juga sempat meluangkan masa dengan ibu saudara dan sepupu-sepupu yang turut ada bersama ketika makan di sebuah restoran. Meriah betul!

Iklan

"Keluar bersama Baba dan Mama semalam, aunties dan cousins juga ikut bersama. Kami sangat gembira.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail mengejutkan peminat apabila mengesahkan beliau dan Shazli sudah tidak lagi bersama.

Shazli yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga bersama Emma pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober yang lalu.

Walaupun mereka sudah berpisah, yang paling penting adalah kebahagiaan anak-anak mereka. Jadi, apa pun yang berlaku, kita harap yang terbaik buat Emma dan bekas suami dalam membesarkan anak-anak mereka. Semoga terus bahagia dengan cara tersendiri.