ALHAMDULILLAH!
Bukan mudah untuk mencium Hajar Aswad. Momen itu salah satu impian bagi jemaah haji dan umrah untuk menyentuh atau menciumnya.
Pelakon Diana Rafar yang kini berada di Tanah Suci bersama keluarga termasuk suami, Zamarul Hisham dan anak-anak berkongsi momen berjaya mencium Hajar Aswad dengan izin ALLAH.
"Ya ALLAH syukur, anak-anak tak meragam. Paling takut bila dengar orang kata dan menakutkan jangan bawa anak.
"Tapi ALLAH Maha Berkuasa, yakin dengan ALLAH. Anak (adalah) rahmat tumpang rezeki mereka umrah kami dipermudahkan. Nikmat yang tidak terhingga,” katanya.
Kongsi aktres berusia 42 tahun, barang kali doa anak-anaknya dimakbulkan menyebabkan ALLAH menghantar bantuan menerusi anggota polis yang bertugas.
"Sekali ALLAH bawa, Diana tak sedar ada di Hijir Ismail ke Batu Yamani. Terus bawa ke Hajar Aswad dan cium dengan tenang tanpa ada sesiapa tolak.
"Dan balik kepada anak-anak dalam keadaan menggigil, cakap dengan mereka terima kasih doakan mama. Mama dapat semua penjuru Kaabah. Tiba-tiba ada polis yang baik hati bawa mama.
"Diana yakin itu doa anak, ALLAH hantar polis (askar) tu untuk Diana mengelilingi Kaabah, syukur Tuhanku,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Diana mendirikan rumah tangga dengan Zamarul, 53, pada tahun 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4.
Sumber: Instagram