SEDANG meniti populariti selepas perpisahan, pelakon Fattah Amin terus menjadi inspirasi peminat. Sana-sini namanya menjadi sebutan.
Sejak bergelar duda, rezeki pelakon kacak itu semakin melimpah ruah selepas banyak jenama yang mengambilnya sebagai duta.
Kalau ikutkan, boleh sahaja terima begitu sahaja tapipemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 34, tidak semberono mengambil tawaran atau job.
Anak pasangan Mohd Amin Musa, 58, dan Azizah Abdul Ghani, 56 itu meletakkan syarat konten untuk kolaboratif dengan mana-mana pihak iaitu tidak mahu yang menampilkan elemen menari dan produk tersebut digemarinya.
Dalam satu konten bersama Hanum Subri sesuai dijadikan contoh. Skripnya cukup menyentuh hati apabila Fattah membelikan hadiah buat ibunya.
"Betul lah, rezeki tak pernah salah alamat. Kita tolong orang, dapat hadiah. Tapi hadiah kali ini memang lain dari yang lain.
"Apabila kita mudahkan urusan orang lain, insya-ALLAH urusan kita pun akan dipermudahkan.
"Tak salah untuk merasa nikmat dunia, asalkan kita seimbangkan dengan akhirat.
"Kejarlah akhirat, insya-ALLAH dunia pun akan ikut kita," katanya.
Keluarganya juga tidak lepas daripada sorotan termasuk ibu, Azizah Abdul Ghani dan adik, Siti Norrraihan Mohd Amin turut ditemuramah.
Adiknya menyifatkan Fattah sebagai abang sulung yang cool dan tegas serta mendedahkan beliau adalah adik yang paling rapat dengan pelakon Mat Kilau itu.
Manakala Azizah pula berkongsi masakan ibu yang digemari Fattah iaitu sambal udang aktor itu sejak kecil sudah pandai membawa diri.
Warganet mengakui sejuk hati melihat dua beranak itu dan mengakui Fattah dibesarkan dalam persekitaran yang baik.
Ujar mereka:
"Alhamdulilah, fattah lahir dalam keluarga yang berpewatakan baik. Insya-ALLAH,moga yang baik-baik sahaja untuk Fattah sekeluarga. Cantik adiknya, muka Fatimah pun seiras nenek."
"Adik Fattah cantik semula jadi. Tak payah putihkan kulit untuk jadi cantik, yang penting tutup aurat dan akhlak baik."
"Cantik adik Fattah. Tak mekap pun muka seri dan manis."
"Santunnya didikan keluarga ni. Sejuk mendengar pertuturan mereka."
Sumber: Instagram