'We try so hard, stop tanya-tanya.' Janna Nick menangis hormon suami dipersoal, dedah pernah gagal IVF untuk dapatkan zuriat

Iklan

SEBAKNYA! Baru-baru ini pelakon dan pengacara Janna Nick menangis dek kerana tidak tahan dipersoalkan tentang cahaya mata.

Iklan
Iklan

Pemilik nama Nurul Jannah Muner itu mengeluarkan satu kenyataan yang penuh emosi di media sosial, meminta netizen agar berhenti bertanya tentang soal anak kepadanya.

Masakan tidak, pada usia perkahwinan kurang dua tahun, Janna dan suami sudah mendapatkan rawatan kesuburan demi zuriat.

Iklan

Berkahwin sejak setahun setengah, Janna mendedahkan cabaran besar yang dihadapi bersama suaminya, Dini Schatzmann. Bukan sahaja mendapatkan cahata mata tetapi dalam berhadapan dengan masyarakat yang terus menerus mendesak tanpa memikirkan perasaan mereka berdua.

Iklan

Lebih menyedihkan apabila ada komen negatif yang menuduh Dini mempunyai kadar hormon perempuan yang tinggi, yang dipercayai menjadi punca kesukaran mereka untuk mendapatkan anak.

"Apabila orang tanya bila nak dapat anak, saya sendiri pun tertanya-tanya. Saya tanya ALLAH, bila nak bagi saya anak.

"Orang tanya saya, saya nak jawab apa?" kongsi Janna dalam sebak.

Pelakon Leftenan Zana itu juga berkongsi perjalanan perubatan yang telah mereka lalui, termasuk rawatan in-vitro fertilisation (IVF) yang mereka jalani pada Oktober tahun lalu namun usaha tersebut masih belum membuahkan hasil.

Malah Janna juga mendedahkan telah menjalani beberapa ujian kesihatan termasuk ujian Paras Hormon Anti-Mullerian (AMH), Histerosalpingogram (HSG), dan Ujian kesuburan lelaki namun keputusannya menunjukkan mereka tidak menghadapi masalah kesuburan yang serius.

Dedahnya, jumlah dan kualiti telur Janna menyebabkan IVF gagal. Lebih menyedihkan, Janna sering menerima pertanyaan-pertanyaan daripada netizen yang seakan-akan tidak memahami kesulitan yang mereka hadapi.

"Ada yang menasihatkan jangan stres dan tidak tergesa-gesa. Saya tahu keadaan kesihatan, paras hormon, kualiti dan kuantiti telur semasa ingin menjalani prosedur IVF.

Malah uterus saya terbalik.

"Kami telah mencuba sedaya upaya. Saya kurangkan job berlakon yang panjang kerana saya betul-betul mahu memperbaiki gaya hidup termasuk pemakanan, senaman dan sebagainya.

Mendedahkan emosinya sangat rapuh berhadapan situasi itu, Janna yang mengakui bahawa sangat berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian memohon doa dan kata-kata positif daripada peminat

"Saya makan macam-macam seperti asid folik, COQ10, muka naik jerawat buat IVF. Orang kata saya gemuk, tapi saya sabar sahaja,” tambahnya.

"Kami tiada masalah kesuburan, tapi saya berharap jumlah telur saya ada peningkatan baik.

"Apa yang anda nak, semuanya kami sudah buat. Jumpa pelbagai doktor, berurut, cuma berikan kami masa sampai ALLAH nak beri rezeki,” jelasnya.

Janna juga meminta agar netizen memberi beliau dan Dini ruang dan masa serta tidak terus-menerus bertanya tentang soal anak.

"Tolong berhenti bertanya bila nak dapat baby,” ujarnya.

Sekadar info, Janna dan Dini diijabkabulkan pada 10 Jun 2023 di sebuah resort terkemuka di Langkawi.