Pernah difitnah dibeli bangsa asing, kini jenama Aminah Hassan kembali penuhi permintaan. ‘Kami mahu teruskan legasi bisnes keluarga’

Iklan

BUKAN mudah untuk bangkit, apatah lagi menembusi pasaran tempatan selepas tular khabar angin sehingga memburukkan imej produk keluaran jenama Aminah Hassan satu ketika dahulu.

Namun semua itu tidak mematahkan semangat buat Nooraini Hassan dan suami, Zainal Abidin bersama empat zuriat tercintanya untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan label Bumiputera tersebut.

Iklan
Iklan

Selepas lebih 15 tahun, generasi kedua dan ketiga keluarga pengasas berkenaan nekad mengusahakan produk berasaskan sos secara kecil-kecilan di rumah yang terletak di Klang sejak empat tahun lalu.

Iklan

Berkat usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa, sebuah kilang pemprosesan sos berjaya dibuka pada tahun lalu di Kapar, Klang bagi memenuhi permintaan yang semakin mencanak naik.

Apa yang lebih membanggakan, kilang tersebut boleh menampung kapasiti pengeluaran sebanyak 2,000 hingga 3,000 botol sos sehari dan mampu memenuhi permintaan hingga 20,000 botol sebulan.

Iklan

Berkongsi berita gembira tersebut, Pegawai Pemasaran Aminah Hassan, Norzarini Ghazali memberitahu, jenama warisan keluarga itu semakin hari semakin dekat dengan hati pelanggan setia.

"Atas dasar itu, keluarga mertua tekad untuk buat comeback dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit kami dapat mengembangkan pasaran di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada SinarPlus.

Jika sebelum ini bergantung kepada modal sendiri, namun sokongan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) sedikit sebanyak membantu usahawan seperti mereka.

Setakat ini, produk keluaran Bumiputera itu boleh didapati di rangkaian kedai dan pasaraya seperti Hero Market, ST Rosyam Mart, TF Value-Mart dan banyak lagi.

Selain Lembah Klang, produk yang popular zaman 1970-an itu juga menembusi pasaran Melaka, Pantai Timur dan Negeri Sembilan.

Menurut menantu sulung berusia 38 tahun itu, jenama Aminah Hassan masih mengekalkan keaslian rasa dengan resipi warisan keluarga yang dipegang rapi ibu mertuanya.

Tak salah nak bertanya, tapi jangan sampai menghina dengan tuduhan mandul dan sebagainya.

Bahkan, Nooraini Hassan dan suaminya yang masing-masing berusia 67 tahun dan 68 tahun itu masih gigih memantau proses pengeluaran sos di kilang bagi memastikan kualiti dijaga rapi.

"Kami cari semula pekerja-pekerja lama supaya mereka dapat menguji rasa sos itu sendiri sebelum benar-benar yakin untuk penjualan semula,” katanya yang masih mengekalkan tagline ‘Keaslian Tiada Tandingan’.

Soal bahan mentah seperti cili segar dan lain-lain tidak menjadi isu besar kerana masih menggunakan pemborong lama dan baharu untuk memenuhi permintaan setiap hari.

Bersihkan nama

Akui bukan kerja enteng untuk mengubah persepsi masyarakat yang masih mempercayai fitnah yang menular, namun Norzarini percaya semua kebenaran akan terbongkar akhirnya.

"Insya-ALLAH, tambahan seperti sos tomato dan produk baharu, Sos Cili Ekstra Pedas akan menembusi pasaran lokal menjelang tahun depan,” katanya yang kini dalam proses permohonan pensijilan halal.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa membersihkan nama selepas terpalit dengan fitnah yang kononnya jenama Aminah Hassan dibeli bangsa asing bukanlah satu kerja yang mudah.

"Apa yang membuatkan kami kuat? Semuanya disebabkan nilai sentimen jenama Aminah Hassan itu sendiri. Ibu mertua memang tak sanggup lepaskan kepada orang lain, jadi kami berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan legasi,” ungkapnya penuh semangat.

Tidak hanya memenuhi permintaan pasaran, produk Aminah Hassan juga boleh dibeli secara custome made sebagai buah tangan untuk majlis keraian dan perkahwinan serendah RM2.50.

Sebelum mengakhiri perbualan santai kami, Norzarini juga menyimpan impian besar untuk melihat jenama Aminah Hassan kembali menembusi pasaran antarabangsa satu hari nanti.

"Paling penting fokus dan jangan putus asa. Tak mustahil, satu hari nanti kami dapat mengikut jejak datuk nenek dahulu untuk pasaran luar negara,” tuturnya dengan penuh azam.