Birthday ke-40 Sari Yanti, Jep titip ucapan manis, dedah isteri yang menenangkan. 'Sangat bertuah berjodoh dengannya, anugerah bermakna'

Iklan

SWEETNYA! Menyambut ulang tahun ke-40 pada 9 November lalu, pelakon Sari Yanti menerima ucapan istimewa daripada suami, Jep Sepahtu.

Iklan
Iklan

Bertuahnya Sari! Selain meraih cinta Jep, pelakon sitkom Kisah Kaisara itu juga tidak henti menerima pujian dan doa biarpun sudah tujuh tahun hidup bersama.

"Saya hendak ambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sariyanti binti Mohamad Nazari.

Iklan

"Orang yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Kadang kala nampak kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal itu saya banyak merujuk dan belajar daripadanya.

"Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran. Dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.

Iklan

"Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA, mudah-mudahan mendapat reda-NYA.



"Ia satu anugerah dan hadiah yang sangat bermakna," kongsi Jep menerusi siaran segmen pagi Sinar FM baru-baru ini.

Sari menerusi rangan balas laman sosial Instagram turut menitipkan doa sempena ulang tahun kelahiran.

"Amin ya rabbal a'lamin. Jazakallahhu khyar suamiku. Jazakumullah khyar semua atas doa yang baik baik," titip Sari.

Sekadar info, Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.

Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.

Sumber: Instagram