MURAH rezeki pelakon Fattah Amin. Meniti populariti sejak kembali solo, aktor berusia 34 tahun itu muncul dalam muzik video (MV) penyanyi popular Aina Abdul pula.
Dalam satu hantaran di Instagram, Aina memuat naik ‘teaser’ MV lagu baharunya yang berjudul Jadi Ajar Aku yang menampilkan duda idaman Malaya itu sebagai 'cameo.'
Pada teaser itu, Aina kelihatan memakai busana berwarna biru muda dan sedang berada di sebuah pantai bersama seorang lelaki.
Menurut Aina, pemilihan Fattah adalah permintaan daripada ibunya.
"Ajar Aku MV is out now on YouTube! Terima kasih @fattahaminz sudi kolaboratif dengan Aina untuk video ini. Berdebar juga waktu first nak propose job ni dekat @sakirinaca90. Alhamdulillah. He said yes!
"Lagu ni ditulis selepas Aina selesai menunaikan umrah April lalu. Tanpa latar piano, melodi dan lirik mengalir dengan lancar..
"Mak Aina was the first one to hear this song. Dia cakap kene ada hero MV ni. Fast forward later, Aina bagi mak Aina dengar the finished song and she said ‘panggil la Fattah Amin hero mv ni' and so it goes," cerita Aina di Instagram.
Lagu Jadi Ajar Aku adalah satu daripada tiga single terbaharu Aina yang dimuat naik dalam album Imaji versi deluxe yang dilancarkan pada 25 Oktober lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja mereka terhadap muzik video tersebut disamping merestui kehadiran Fattah pada MV itu.
Ujar mereka:
"Million thanks Aina. Saat Fattah jatuh di titik paling bawah, ALLAH rezekikan orang baik-baik, rakan industri yang tak berhenti support."
"Kenapa lagu ni menusuk kalbu.Aina berjaya menyelami hati mereka yang reda melalui kelukaan hati dan Fattah Amin berjaya menzahirkan kesedihan tanpa kata-kata. Tahniah kepada Aina dan Fattah!"
"Apa yang berlaku pada fattah sudah cukup membuatkan kita rasa luluh. Ditambah lagu Aina dengat lirik yang sarat dengan penceritaan tentang situasi Fattah."
Sumber: Instagram