Fazura terima hak penjagaan Fatima, Fattah diberi hak lawatan bermalam 2 kali sebulan, jumpa 3 kali seminggu

Iklan

AKTOR Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura.

Memetik Ohbulan!, peguam yang mewakili Fattah, Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Untuk terma tuntutan hadanah, kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Fazura selaku ibu kandung," katanya.

Syamimi memaklumkan Fattah tetap mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.

Iklan

"Untuk hak lawatan ada dua terma iaitu lawatan bermalam dan lawatan harian.

Iklan

"Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatimah. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu," katanya.

Syamimi berkongsi perkara tersebut selepas selesai prosiding tuntutan hadanah melibatkan Fattah dan Fazura di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Terdahulu, Fattah dan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober selepas tujuh tahun berkahwin.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Sekadar info, hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian, terutama anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian serta perlindungan.

Sumber: OhBulan!