16 tahun tapi matang, anak sulung Ina Naim dedah kaedah homeschooling arwah ayah. 'Tiap hari belajar, rehat Jumaat & Sabtu'

Iklan

TERKENAL dengan kaedah pembelajaran di rumah atau homeschooling, anak sulung kepada penyanyi Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie El Fardie, 16, terbuka berkata bapanya mengambil tanggungjawab memberikan pendidikan penuh buatnya dan adik-beradik lain.

Bijak menyusun kata-kata dan matang, anak pertama daripada empat adik-beradik itu bersyukur atas didikan bapa tersayang. Malah

Iklan
Iklan

"Alhamdulilah dengan didikan arwah ayah iaitu Suhaimi Saad jadi sekarang ni saya boleh belajar membaca, mengira dan kebanyakan kawan saya memang berikan sokongan untuk homeschooling ni.

Hadie mengaku pernah berkeinginan untuk ke sekolah arus perdana, namun baginya pembelajaran di sekolah dan di rumah tidak jauh beza selepas mendengar pengalaman rakan-rakannya.

Iklan

"Rasa nak pergi sekolah tu memang ada masa kecil tapi nampaklah level pun tak jauh, sama sahaja... tapi tak semualah,” ujarnya.

Menurutnya, mereka berempat perlu belajar setiap hari dan hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja berehat. Kongsinya, setiap hari ada subjek tertentu yang diajar.

Iklan

"Macam saya dulu memang tiap-tiap hari belajar walaupun orang lain cuti raya ke tapi kami tidak, berehat hanya Jumaat serta Sabtu saja... Arwah ayah akan ajar bahasa Arab pada hari Ahad, Isnin pula Bahasa Melayu, Selasa bahasa Inggeris, Rabu belajar Matematik dan Khamis kemahiran hidup,” katanya.

"Memang banyak beza antara pergi sekolah dan belajar homeschooling ni... Walapun orang kecam tapi saya tak terasa pun malah yang komen tu antaranya dalam kalangan netizen yang pergi sekolahkan?

"Macam saya dulu memang tiap-tiap hari belajar walaupun orang lain cuti raya ke tapi kami tidak, berehat hanya Jumaat serta Sabtu saja... Arwah ayah akan ajar bahasa Arab pada hari Ahad, Isnin pula Bahasa Melayu, Selasa bahasa Inggeris, Rabu belajar Matematik dan Khamis kemahiran hidup,” katanya.

Tidak berkecil hati meskipun ada pihak memberikan kecaman, jawapan Hadie yang matang membuatkan mengakui Suhaimi telah memberikan didikan terbaik buat anak-anaknya.

Ujar mereka:

"Umur 16 tahun cukup beradab dan matang, boleh bercakap dengan yakin. Syabas Hadie"

"Nampak kematangan bagi remaja usia 16 tahun. Sangat bagus didikan arwah."

"Arwah bapanya bekas guru dan agama pun bagus. Dulu ramai yang kecam. Nampak Hadie matang dan berakhlak."

Ina berkahwin dengan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Ogos 2007. Namun jodoh tidak panjang,

Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Baru-baru ini Ina kembali bergelar isteri kepada jurutera berstatus duda dua anak, Mohd Khairul Rizal Shukor.

Sumber: mStar