Mulia hati! Norish Karman, ambil 4 anak angkat sejak PKP. ' Tak rasa diri baik tapi mereka perlukan seorang ibu’

Iklan

BAIKNYA hati pelakon Norish Karman. Sifat keibuannya terserlah selepas sanggup mengambil empat orang kanak-kanak sebagai anak angkat biarpun beliau sendiri adalah ibu tunggal.

Dalam audio siar Tanah Berdaulat TV, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 50, berkongsi kisah pilu membantu empat beradik yang hilang tempat untuk bergantung ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Pada Jun 2020 iaitu ketika Covid-19 saya dapat panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), meminta bantuan saya untuk menjaga empat orang kanak-kanak.

"Suaminya sudah tiada, mereka bercerai. Si isteri adalah ibu tunggal yang telah terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.

Iklan

"Dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara," katanya.

Pelakon Sayang Salmah itu mengakui dirinya tersentuh dan hatinya terbuka untuk mengambil keempat-empat anak kecil itu sebagai anak angkat selepas anak-anak kandungnya sendiri memberikan galakkan.

Iklan

Norish ketika rakaman audio siar bersama Syahril A. Kadir.

"Selepas saya mendapat panggilan pada pagi itu, semua solat sunat termasuk istikharah dan pelbagai zikir saya lakukan, berfikir sama ada nak ambil mereka atau tidak.

"Kemudian anak-anak saya kata, ‘tolonglah ambil mereka bonda, yang lain-lain kita fikirkan kemudian..rezeki datang daripada ALLAH’.

"Saya tak rasa diri saya baik tetapi saya rasakan anak-anak ini memerlukan seorang ibu," luah Norish.

Bekas peserta Pengacara Jemputan Nona pada pertengahan 1990-an itu sempat mengimbas kembali detik ketika dirinya mengambil kanak-kanak tersebut di kediaman mereka.

"Saya memandu empat jam ke Kuala Kempis, Negeri Sembilan. Dalam Felda, dalam hutan.

"Mereka belum makan dan saya sampai hampir pukul 9 malam. Ada sijil kelahiran mereka yang ditinggalkan lalu saya pun bawa balik mereka.

Ketika dalam perjalanan saya fikir macam-macam. Kalau polis tahan masak, mereka mesti kata aku menculik," katanya.

Kini keempat-empat mereka iaitu Hasbi Fadullah, 13, Hasya Farahiya,11, Haziq Fadillah, 10, dan Hazra Farisya, 5 di bawah jagaannya.

Lima tahun berlalu, Norish mengakui tidak menyorokkan status mereka sebagai anak angkat sebaliknya memaklumkan perkara yang sebenar.

"Saya tak pernah berbohong kepada mereka melainkan yang kecil kerana dia belum tahu apa-apa.

"Yang tiga lagi tu saya katakan kepada mereka, mereka perlu tahu dari mana asal mereka supaya mereka tidak lupa.

"Kami semua tidak pernah kisah dari mana asal-usul kerana yang penting apa yang mereka akan jadi suatu hari nanti," ujarnya.

Sekadar info, pelakon Spa Q itu pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir namun berpisah pada 15 Julai 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25, Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20, dan Haq Alexander, 13.

Sumber: TikTok Tanah Berdaulat TV