BARU menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 9 November lalu, pelakon Sari Yanti seolah-olah tidak dimamah dek usia.
Kekal awet muda persis 20-an, pemilik nama Sari Yanti binti Mohamad Nazari itu bagaimanapun sempat berkongsi ucapan yang menyentuh hati.
Selain berterima kasih kepada rakan-rakan, pelakon sitkom Kisah Kaisara itu menyatakan perasaan takut dan memohon maaf daripada para peminat.
"Jadi kakak nak ambil peluang ni minta maaf pada semua untuk semua kesalahan.
"Manalah tau ada yang boring sampai tension tengok post kakak ke apa.
"Ada yang kakak janji nak post resipi tapi lupa atau tak sempat, minta maaf semua. Semoga kita semua punya pengakhiran yang baik," kongsinya.
Sekadar info, Sari Yanti dan pelawak Jep melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.
Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.
Sumber: Instagram