GELARAN anak tak guna memang sesuai untuk suspek durjana yang sanggup belasah ibu kandung sendiri sampai hilang nyawa!
Bayangkan, si ibu yang berusia 50 tahun dibunuh dengan kejam oleh anak lelakinya sendiri yang naik baran apabila permintaannya tak ditunaikan.
Gara-gara tak dibelikan telefon pintar yang diminta, suspek berusia 30 tahun itu bertindak ganas atas pengaruh arak.
Lagi sedih, suspek ketika ditahan orang kampung dikatakan sedang terbaring sebelah jasad ibunya tanpa rasa bersalah langsung!
Lapor Detik Jatim, warga emas yang dikenali dengan nama Suwati di Kampung Tambakrejo, Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia pada awalnya masih bernafas ketika diselamatkan jiran.
Namun, tak lama selepas itu ibu malang itu menghembuskan nafas terakhir di dalam bilik yang penuh dengan percikan darah.
Muzik: Handmaid's Escape by CJ Oliver(SoundStripe)
Nak dijadikan cerita, sebelum kejadian orang kampung yang lalu di depan rumah mangsa terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.
Tak lama selepas itu, mereka terdengar jeritan meminta tolong oleh warga emas sebelum situasi menjadi senyap tiba-tiba.
Keadaan mencurigakan tersebut mendorong orang ramai pergi ke rumah berkenaan untuk membantu.
Namun apa yang membuatkan mereka buntu, pintu bilik itu dikunci dari dalam.
Nak tak nak, mereka terpaksa memecah masuk sebelum terperanjat bila melihat warga emas itu terbaring dengan kepala berlumuran darah.
KERAP MENGAMUK
Menurut seorang saksi yang dikenali dengan nama Ann, suspek yang dipanggil abang itu dikatakan kerap mengamuk.
"Dia kerap mengamuk dan bergaduh dengan ibunya bila tak dapat apa yang dimahukan. Memang selalu perang mulut tapi tak sangka seteruk ini.
"Saya dengar dia minta-minta sesuatu daripada ibunya cuma tak tahu apa yang dia inginkan. Barangkali sebab arak, dia berkelakuan luar kawalan,” katanya.
Suspek bagaimanapun berjaya ditahan orang kampung sebelum dibawa pasukan polis untuk siasatan lanjut.
Mayat mangsa juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Aduhai, sanggup pukul ibu sampai mati tanpa rasa perikemanusiaan.
Moga insiden mengerikan itu menjadi pengajaran buat kita semua.