HILANG punca pendapatan dan diuji kesakitan, dramatis Harun Hashim bagaikan jatuh ditimpa tangga selepas kedai makan yang diusahakannya ditutup.
Ujian demi ujian menduga yang sedang keluarga aktor berusia 69 tahun itu.
Malah cinta hatinya, Sakinah Ganjali telah disahkan menghidap kanser payudara tahap empat.
Aktor popular era 80-an itu kini hilang mata pencarian. Sementelah beliau sendiri kini tidak lagi mendapat tawaran berlakon.
Masalah mata kiri diselaputi selaput, kolesterol tinggi dan kencing manis menyebabkan pelakon itu tidak mempu mencari rezeki seperti dulu.
"Pengorbanannya (isteri) untuk saya sangat banyak, dan pengorbanan saya bukan sakit. Dia yang sakit.
"Paling saya tidak tahan sekali ialah mendengarnya meraung, mengerang sakit. Itu saya tidak tahan.
"Mungkin ada (perkara) yang tidak kena saya lakukan atau salah saya, kini saya ke surau sahajalah.
Ketika kunjungan Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan media, Sakinah tiba-tiba mengadu kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.
Difahamkan, isterinya itu kini sedang ditidurkan.
Sama-sama kita doakan semoga urusan pelakon veteran ini dipermudahkan.
Imbas kembali, Harun memulakan kerjaya lakonan pada 1976 dan diperkenalkan menerusi drama hitam putih, Potret Pekerti terbitan RTM.
Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Cikgu Shahrin dalam telefilem Pa'e lakonan Shaheizy Sam dan Nasrizal Ngasri yang disiarkan di TV3 pada 1998.
Pada tahun 2004, Harun bersara seketika daripada kerjaya lakonan sebelum kembali aktif pada 2014.
Terdahulu, Harun dan isteri mengusahakan perniagaan kerepek seperti pisang, ubi dan bahulu di Klang.
Sumber: TikTok Berita TV9