'Muhammad...' Nabila Razali bakal sambut anak sulung lelaki

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Nabila Razali, 32, dan suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39, yang bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka tak lama lagi.

Dijangka bersalin pada Januari 2025, pelantun lagu Pematah Hati itu baru sahaja mengadakan majlis doa selamat dan 'gender reveal' sekali gus mengumumkan jantina bayinya.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr’ malam semalam.

Iklan

"Sekarang sudah tahu gender, bolehlah kalian get ready hadiah untuk baby pula! Eeeh," kongsinya.

Menerusi video yang dikongsikan, Nabila dan Nik Iruwan yang berpakaian sedondon berwarna putih, sama-sama mencucuk belon berada di hadapan yang serbuk berwarna biru keluar sekali gus mengesahkan bayi lelaki.

Iklan

Nik Iruwan sempat menyebut nama Muhammad sambil menggosok kandungan penyanyi itu.

Manakala, menerusi Instagram, bekas pelumba kereta litar Formula itu sempat memuat naik foto anak lelaki memandu kereta lumba yang dijana menerusi kecerdasan buatan (AI).

Warganet terutama peminatnya teruja mengetahui jantina bayi sulung Nabila dan mendoakan proses kelahiran selebriti itu berjalan lancar. Ujar mereka:

"Daddy said 'Muhammad' so sweet. Congratulations Bella. Welcome to mom’s club."

"Alhamdulillah congrats Bella and husband. Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin dan baby. Sihat selalu."

"It's a boy. Semoga baby sihat dan menjadi anak yang soleh."

"Alhamdulillah tahniah Bella dan NIk. Boy Nik Jr."

Sekadar rekod, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.

Sumber: Instagram