TUMPANG gembira penulis melihat pengantin baharu itu terus bahagia di samping suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor.
Ditebak soal nafkah oleh usahawan Alif Syukri, kenyataan ibu empat cahaya mata itu menjadi perhatian warganet.
Ujarnya, beliau lebih mementingkan kasih sayang suami dan asuhan terbaik buat anak-anak dan memberitahu dia tidak mementingkan nilai nafkah.
"Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan,”kata berseloroh sambil disaksikan Mohd Khairul Rizal.
Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Mohd Naim juga menegaskan pemberian duit raya oleh suami kepada isteri adalah tidak wajib.
Penampilan balu Allahyarham Suhaimi Saad yang manis itu juga menerima pujian daripada warganet. Ramai memuji seri pengantin penyanyi itu.
"Cantiknya Ina Naim. Berseri-seri pengantin baharu."
"Manisnya Ina, tanda tengah bahagia. Moga jodoh berkekalan hinggah ke jannah."
"Cantik sangat Ina, ALLAH hantar seorang lelaki sebagai suami yang ikhlas untuk menjaga Ina dan anak-anak. Semoga kekal hingga jannah."
"Isteri akan nampak cantik dan berseri dengan lelaki atau suami yang tepat."
Ina diijab kabul dengan Khairul Rizal, yang merupakan bapa tunggal kepada dua orang cahaya mata dalam majlis yang berlangsung di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor pada 8 Oktober lalu.
Sekadar info, Ina berkahwin dengan Suhaimi sebelum bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu meninggal dunia pada 15 November 2023.
Ina memiliki dua pasang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Suhaimi Saad.
Sumber: TikTok