"Sel kanser sudah merebak...,'Kiah Propa sedih pembedahan suami tak dapat diteruskan, kemoterapi kurang beri kesan

Iklan

SEBELUM ini SinarPlus ada berkongsi kisah Kiah Propa yang memilih untuk kembali bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lelaki itu disahkan menghidap kanser.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut membuat ramai kagum dengan kekuatan Kiah, atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, yang tetap tabah menjaga suaminya yang sakit.

Pun demikian, pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu dalam perkongsian terbaharu mengakui sedih dan pilu apabila mengetahui sel kanser suaminya sudah merebak ke bahagian ketiak dan paru-paru. Lebih menyayat hati apabila pembedahan juga tidak dapat diteruskan.

Iklan

"Aku sedih sangat hari ini (Rabu) doktor cakap sel kanser suami dah merebak ke paru-paru dan bawah ketiak. Aku sedih sangat tapi dia steady.

"Pembedahan tidak boleh dilakukan disebabkan sel kanser sudah terlalu banyak di semua saraf utama di leher, bawah ketiak dan mula masuk ke bahagian paru-paru,"ujarnya.

Iklan

Kemoterapi adalah satu-satunya jalan terakhir. Bagaimanapun, ia rawatan berkenaan yang berfungsi untuk membunuh sel-sel kanser dengan ubat khas bagaimanapun tidak memberi kesan positif kepada suaminya.

"Untuk kimoterapi pula sel kanser ini tidak sensitif, pendek kata rawatan ini hanya menidurkan sel sahaja,” katanya.

Dalam hantaran lain, pelakon berusia 45 tahun itu turut berkongsi suaminya kini lebih banyak terbaring dan menahan sakit akibat kanser yang dialaminya.

Dengan penuh harapan, ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu meminta pengikut media sosial mendoakan mereka sekeluarga. Pada masa sama, beliau memohon orang ramai turut memberi sokongan kepada perniagaannya yang menjadi salah satu sumber rezeki keluarga kecilnya itu.